Thursday, June 21, 2012

KL Trip: Anime Festival Asia 2012 Malaysia


Ok ni aku nk cerita pasal pengalaman aku masa Anime Festival Asia Malaysia 2012 yang berlangsung kt PWTC pada 9-10 Jun lepas... Festival tu menampilkan semua2 barang yang berkaitan dengan kartun-kartun Jepun (Anime) baik dari meniru pakaian watak2 kartun tersebut atau mendapatakan barangan cenderahati dan juga permainan dari kartun2 yang diminati. Nak kata aku ni *Otaku sangat tak la jugak... tapi sebenarnya benda yang paling aku tergila-gila kan ialah KALAFINA!! Yea... Kalafina adalah satu kumpulan penyanyi trio yang berasal dari Jepun dan semuanya cantik2... (bagi aku).. Dalam sehari tak sah kalau tak mainkan satu lagu dorang. Nak tau info dorang pegi la ke sini. Malas nk citer panjang2...


Baik, kembali ke festival tadi... aku pegi ngan sorang member aku... best friend la dari dulu kite ni sama2 minat anime. Pada awalnya aku rancang nak pegi sorang ke KL tu... tp maklumlah aku ni bukannya penah keluar pun dari Sarawak ni sejak lahir dan aku tak tau apa2 pasal jalan kt KL. Kang jadi rusa masuk kampung plak. Maka aku ajak la geng aku tu pegi sama2 tambah plak dia biasa hidup kt KL tu sebab study kt sana. Aku sebenarnya tak nak bagitau kat parents aku pasal ni, takut... takut dorang tak kasi bagi 'greenlight'. So, taktik aku ni adalah... beli tiket dulu baru bagitau dorang... HAHA nak halang terlambat la suda kan? Jahat plak aku ni...

Then, aku try check tiket AirAsia.... amaigad~! pergi dan balik Kuch-KL-Kuch RM579!! Budget aku plak just RM600 jek... apa pakai belanja aku kt KL nanti? Itu pun aku pilih masa penerbangan yang paling murah. Aku amik pergi pukul 11.25pm then balik dari sana nanti aku amik pukul 3ptg. So aku amik keputusan jadi pak sanggup je.. Erm... pandai2 la carik belanja nanti...

-----------------------------------------------------------------------------------------
HARI 1- (Jumaat) 8hb Jun 2012

Kiteorg berangkat dari Bandar Sri Aman naik bas STC jam 2pm... dari Sri Aman ke Kuching amik masa 3 jam lebih. Dalam perjalanan memang sentiasa terbayang macamana keadaan festival tu nanti. Terbayangkan berapa ramai yang cosplay pelik-pelik... tentu meriah... Paling penting, Kalafina! Aku harus tengok depan mata aku sendiri... Tak sabar rasanya. Penat berimaginasi, aku tertidur semasa melimpasi jalan perkampungan Abok. Oleh kerana petang tu panas macam dalam oven (sebab aku duduk tepi tingkap bas), cahaya matahari pun terkena kt muka buat aku tak dapat tidur dengan baik. Fuuuu....

Kira-kira jam 6 petang, bas kiteorg sampai di Kuching Sentral. Memandangkan flight kiteorg pukul 11mlm nanti, adalah dalam 5 jam macam tu kiteorg terpaksalah tunggu kt Kuching Sentral tu sebab tempat tu dekat je dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). Kiteorg taknak pegi mana-mana dah. So aku tanya member aku, Hana...

"Apa kita nak buat sekarang?"....

Dia angkat bahu. Tengok muka dia pun aku blur...

 "Kita window shopping je la..." kataku


Memandangkan kat situ ada tempat membeli-belah. Yelah, nak luangkan masa 5 jam memang payah... (nyesal pakai bas awal sangat dari Sri Aman tadi... huhu). Kiteorg pun lepak-lepak je la kat situ smpai jam 9 mlm. Tiba-tiba hujan turun plak... Adeh... payah ni, dahla pergi airport kena jalan kaki. Nasib la dekat... kira-kira 700meter je kt sebelah bangunan Kuching Sentral ni. Jadi kiteorg duduk jela kt kerusi stesen menunggu bas sambil menikmati permandangan bas-bas yang datang dari serata tempat. Aku tengok Hana dah keluarkan sketch pad yang dia beli kt kedai tingkat atas tadi. Huh.. sempat melukis gak ke dalam masa ni? =_= otaku...

Jam dah menunjukkan pukul 9, hujan masih renyai-renyai di luar.

"Macamana ni?" tanya Hana...
"Tunggu ke nak redah je?"...

"Tunggu reda sikit la...  nanti basah sampai airport" kataku.


Dia pun sambung semula melukis... sambil dengar mp3 kiteorg layan diri sendiri. Sampai je jam 9.30pm, aku tengok hujan dah makin reda. Aku terus ajak dia pergi airport. Sampai je pintu luar... mak aih!! Ingatkan dah reda, masih lagi renyai-renyai hujan tu... Jadi kiteorg pegi tanya teksi untuk pegi ke airport tu...

"Uncle, nak tanya berapa tambang untuk ke airport tu?" tanya Hana kt driver teksi sambil menunjuk bangunan airport.

"RM20 saja... boleh?"

Mak aiiiihhH~ mau mampus kah bayar semahal tu??... Dekat je jarak dia leh hantar nak caj macam pegi berkilo-kilo meter plak... ni dah kira cekik darah dah... Oleh kerana kiteorg bengang dengan harga yang diberikan jadi kiteorg terus berlari ke arah airport. Haha terpinga-pinga aku tengok driver teksi tu tengok gelagat kiteorg... Padan muka!
  Dalam gelap renyai-renyai hujan kiteorg berlari ke arah airport... sambil mengelak percikan lopak air dari tayar kereta di tepi jalan... memang macam pelarian plak rasanya. Tapi tetap enjoy gak, macam lagak dalam game... hahaha tepi jalan sempat gak berimaginasi. Dalam 10minit kiteorg sampai gak di pintu masuk airport. Fuhh... basah sikit je. Berpeluh-peluh jugak. Nasib le dalam tu sejuk.

 Kiteorg terus naik ke tingkat atas untuk check in kat counter. Mula-mula kena check in pakai mesin kt tepi counter tu. Self-service. Aku tengok Hana check in dulu. Mudah je, masukkan no.kod tempahan flight terus keluar la tiket dia. Then turn aku plak... lepas masukan no.code, tiba-tiba dia kata "Your ticket already checked-in by website or checked with somewhere else. Please refer to the counter. Thank you"... aik? dah check in plak? Ooo yea! aku baru teringat time aku tempah tiket aritu aku dah tekan Web Check In. Maksudnya dah di daftar kt dalam laman web. Sampai je di counter... aku tanya

"Excuse me, I've already check-in by website, how do I have the ticket?"
"Did you print the ticket?"
"Oh.. I havent print it yet!"
"Sorry, you need to pay RM10 for ticket reprint. May I have your IC please? Thank you!"

Terpinga-pinga aku dengan caj RM10 itu... adeh! kenapalah aku lupa nak print tiket dari website tu!  Maklumlah aku 1st time tempah tiket sorang-sorang. Manalah aku tahu. Aku tengok Hana tersenyum sumbing. Perli aku lah tu... Dengan tidak  rela aku serahkan RM10 kt counter pembayaran... isk2.. kalau pegi McDonald ni dah dapat Double Cheese burger satu... huhu.. Jam masih awal lagi.. baru pukul 10.. Jadi Hana ajak aku pegi jalan-jalan kat airport tu sambil menikmati Colonel Burger kt KFC. Dia belanja aku makan je la... hehe. Sambil syok duduk kat tepi escalator, mata terpandang kat skrin yang flight kiteorg boarding. Jadi terus lah kiteorg berlari ke arah pintu perlepasan... haha. Nasib tak ketinggalan. Lepas tu tunggu kat gate 9... hujung sekali. Jauh gak jalan ke sana. Dahla sejuk plak tu... pastu tunggu lagi kt satu bilik tu. Tiba-tiba flight kami kena delay 40min.. Arrghhh~ #$@$%&! Nak gila aku buat aktiviti tunggu menunggu ni sejak petang tadi. Huhu sabar jela... tapi dalam hati memang tak terasa sebab excited sangat. Tak lama lagi aku bakal keluar dari Sarawak untuk pertama kali! Yeah! Lol~

Para pramugara pramugari serta pilot dah masuk. Terus semua berbaris untuk check ticket. Memang berdebar-debar la time tu sebab aku terpaksa berpisah ngan Hana gara-gara tempat duduk tak sama. Kiteorg tak sama masa masuk. Dia masuk lagi awal dari aku. Seat dia kt belakang, aku nyer depan sikit. Tepat di tengah-tengah sayap kapal terbang. Tapi masa tu aku duduk seat tengah, diapit oleh dua orang perempuan. Kiri perempuan berumur sekitar 40an, kanan pula dalam lingkungan 20an. Huhu... terasa Harem sebentar.. Lol.

Lepas beberapa minit, pramugari mengumumkan kami akan berlepas sebentar nanti. Segala barang-barang dan bagasi selesai dipunggah. Semua ok. Kapal terbang pun sudah dipandu ke landasan. Tunggu masa je nak terbang. Sementara tu pramugari buat demo untuk safety seat-belt. Mata aku terpaku kat arah sorang pramugari india. Mata dia weh!! Kuyu je... macam mau tidur aku tengok.. lucunya. Tergelak sebentar dalam hati. Maybe penat kot... jam pun dah pukul 11mlm lebih... no wonder la mengantuk. Aku pun berapa kali dah menguap. Tengok muka dia betambah la menguap. =_=

Truuttt truutt tuuutt.... kapal terbang memecut laju... sedia untuk berlepas. Lampu dimalapkan.. macam-macam aku fikirkan. Nervous bah!... Sebaik saja terasa seat aku ni condong ke atas aku dah start berdoa... mintak-mintak terbang dengan selamat. Amin... Tapi ni bukan pertama kali pun aku naik flight.. adalah kot dalam kali ke-5 dah ni. Tapi time tu kecik lagi. Ni lama dah tak naik balik.Tambah plak malam lagi tu yang buat aku first time terbang waktu malam. Kejap je dah sampai kat langit, telinga aku mula sakit.. adeh! Nasib le awal-awal lagi Hana dah bagi gula-gula pakai aku kulum. Orang kata, telinga sakit masa naik kapal terbang disebabkan oleh tekanan yang terlalu tinggi di atas langit. Jadi tekanan dalam telinga kita tak balance dengan di luar tu yang menyebabkan sakit. Tapi sakit tu boleh dikurangkan dengan mengunyah gula-gula getah, makan gula-gula atau menelan air liur. Baru lah lega.

Dengan harapan nak tengok laut tak tercapai. Aku tengok gelap je... lagipun cuaca masa tu berawan. Bila sampai di tengah-tengah perjalanan, pilot mengumumkan yang kapal terbang melalui cuaca yang kurang baik. Aku tengok luar tingkap ada hujan, tapi tak lebat walaupun masa tu dalam awan... ada gak kilat sikit. Risau plak... tapi buat-buat relax je la.. pramugari situ pun slumber je heret air dan makanan untuk dijual kepada penumpang. Dah biasa kot.  Memang kerja diorang kt atas awan walaupun apa-apa berlaku diorang sentiasa tenang. Tu kot salah satu cabaran untuk menjadi pramugari. Mata pun mcm tak larat dah ni. Aku perasan perempuan kat kiri aku tu dah lama tidur nyenyak. Sampai berdengkur lagi tu. Aku pun amik beg aku terus letak kt meja seat tu dan terus tidur dengan menyembam muka kat atas beg. Tak sampai 10 min kot pilot tu umumkan bahawa kami akan mendarat sebentar lagi.

 Dengan perasaan teruja aku tengok luar tingkap... dah ada daratan!! Woahh! Ini lah semenanjung! kataku dalam hati... tersenyum aku sendiri. Walaupun masih di awang-awangan aku bagai nak terjun je dari kapal terbang tu sebab tak sabar nak cecah kaki kt tanah semenanjung untuk pertama kali.. HAHA! Akhirnya sampai jugak kiteorg di KL... Yeahhh!! Aku dah tak keruan lagi terus amik beg. Dalam kapal terbang tu plak traffic jam. Tunggu giliran orang keluar dulu. huhu. Mata aku melilau kearah tempat duduk belakang cari Hana. Tak kelihatan. Tu lah kecik sangat mana nampak... lol. Aku turun je la dulu.



Sampai di pintu kapal terbang aku dah merasa angin sepoi-sepoi malam tu sambil menuruni tangga menuju ke pintu ketibaan. "Aik? Hujan jugak tempat ni" kataku dalam hati. Aku tunggu Hana kat gate. Lama jugak dia tak keluar-keluar. Nak dekat 5min baru la nampak batang hidung dia kt pintu kapal terbang tu. Dia terus berlari mendapatkan aku. "Jom!"..  Aku pun terus berjalan menerusi koridor ke pintu LCC-T. Dengan perasaan teruja mata ku scan semua pelusuk airport itu.. nampak lebih luas dari airport Kuching! Aku tengok jam dah pukul 1am lebih. Hana terus mengajakku carik tempat tido. Kiteorg memang bercadang tido kt airport tunggu hari siang.





Kiteorg pun terus menuju ke arah satu dewan yang menempatkan baazar makanan untuk orang yang singgah rehat. Memang ramai gak orang kt sana. Ada gak yang tido di kerusi. Memang mcm rumah sendiri. Yela orang lain pun macam kita jugak tido kat airport. Dalam tu ada gak KFC. Kalo lapar boleh la makan kat situ. Tapi mata pun dah tak larat. Seraya kiteorg amik tempat duduk bersebelahan dengan tiang. Kat situ ada plug elektrik, senang nak caj henpon nanti. Agak payah jugak carik plug kat tempat tu sebab semua berebut plug. Sapa cepat dia dapat la. Untung dapat satu. Jam 2am, aku temgok Hana dah 'pengsan' di atas meja. Mata aku plak tiba-tiba fresh. Huhu. Lapar la plak. Nak makan KFC mahal plak. Jadi aku cuba je la lelapkan mata.

Time ni guna kamera Hp.. kecik

Kira-kira 30min lepas tu aku terhidu bau Maggie kari... aku angkat muka.. aik?? Dari mana plak budak ni dapat Maggie?Aku tengok Hana sambil meniup Maggie cup kt muka dia terus aku nak makan jgak. Dia beli kat kedai kt hujung tu. Kedai tu memang ada tersedia air panas jugak untuk customer makan terus. Hmmm... baguslah. Aku beli satu dan terus bukak penutup Maggi tu depan counter tu jgak. Pastu siram dengan air panas. Apalagi.. makan! Slrrpppp! Fuh... cukup la sekadar alas perut di pagi-pagi ni.

Jam 3am baru lah rasa mengantuk balik. Aku terus tidur je kt meja tu sampai la hari siang... Sambil mengharapkan hari yang baik akan tiba dengan macam-macam pengalaman manis, aku tersenyum dalam tido... Kk Gudnite!

--Sambung pada Hari ke 2--

Saturday, June 16, 2012

Ini Aku... Muka Baru!~

 


 Hyeee!!! Ini aku...Bun2... a.k.a Buntaks Hijau!! Hajimemashite minna~! Lepas sekian lama menghilang kini aku kembali... welcome back stage! Agaknya ada lebih 2 tahun tak masuk ke dunia blog kot. Isk2... terpisah plak ngan Buntaks2 yang lain.. apa khabar agaknya Buntaks Rainbow, Buntaks Purple, Buntaks Merah, Buntaks Kuning, Buntaks Hitam dan Komander Buntaks Biru?.... Rindu plak... Genki-des ka?  Ntah la... ada angin malas nk post, kadang2 ada gak line prob jadi masalah utama pada blog dulu-dulu... skang tiba2 plak 'masuk angin' cipta "rumah baru" untuk memulakan lembaran yang baru... ^^

   Huh...terlalu banyak plak nak aku luahkan kat blog baru ni semenjak 2 tahun ni... malah minat pun dah berlainan... mcam2 pengalaman diharungi.. pahit, manis, masin pun ada... cuma taktau nak mulakan dengan cerita apa... mungkin aku jadikan blog ni sebagai diari, or aktiviti harian apa yang aku nampak, or boleh jugak jadikan tempat post lukisan2/projek2 aku yang akan datang... mungkin kali ni lebih sistematik... tu pun masih ingat cara2 nk update gadget... dah lama tak pegang kan? Macam yang lepas meriah je... siap ada ochestra kt dalam blog... hahaha... okla u all.. sekian dari saya... Bun2! Imej terbaru untuk blog ini~.... ^^ okarinasai~